Kebebasan beragama merupakan salah satu hak kebebasan asasi yang diiktiraf oleh Malaysia kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pada peringkat antarabangsa, pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama antaranya melalui instrumen antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR 1948) serta Waad Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR 1966). Kebanyakan negara di dunia juga mempunyai peruntukan mengenai kebebasan beragama walaupun liputan terhadap tahap kebebasan khususnya hak untuk menukar agama berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain.
1.KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA
*Perkataan agama membawa maksud kepercayaan kepada kewujudan Tuhan atau dewa-dewa, yang telah mencipta alam sejagat dan telah memberi kepada manusia sifat kerohanian yang terus wujud selepas badannya mati
*Menurut kamus undang-undang, kebebasan beragama ialah hak untuk mengikut kepercayaan agama sebagaimana yang dipilih oleh seseorang,
*hak untuk menyatakan pegangan agama secara terbuka tanpa ketakutan atau halangan akan dikenakan sesuatu tindakan serta hak untuk mengisytiharkan kepercayaan melalui pemujaan dan amalan, ajaran dan sebaran
*Walau bagaimanapun, terdapat penulis yang berpendapat bahawa tiada tafsiran yang komprehensif terhadap perkataan “kebebasan”. Perkataan kebebasan dalam konteks mana-mana sistem perundangan di dunia ini merujuk keupayaan individu untuk bercakap atau melakukan apa-apa tindakan yang diingini atau mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu tanpa melanggar hak orang lain atau sekatan yang dikenakan oleh undangundang
*Kebebasan beragama mengambil masa yang lama untuk diperoleh. Contohnya di England, selama berabad-abad lamanya, para hakim memutuskan bahawa agama Kristian merupakan sebahagian daripada undang-undang. Penafiannya merupakan satu jenayah yang boleh dihukum. Rasional peruntukan ini adalah kerana penafian Kristian boleh merosakkan masyarakat yang berasaskan agama Kristian. Walau bagaimanapun, prinsip ini telah dihapuskan lebih 30 tahun lalu
*Konsep kebebasan beragama adalah berbeza antara negara Islam dengan Barat. Kebebasan beragama menjadi penting dalam undang-undang Islam kerana sistem perundangan Islam tidak mewujudkan pengasingan antara undang-undang dan prinsip agama. Menurut Fathi Uthman; “Tiada apa-apa jenis kuasa di negara Islam boleh digunakan untuk memaksa orang untuk memeluk Islam. Fungsi asas negara Islam, dalam hal ini, adalah untuk memantau dan menghalang kuasa-kuasa yang mungkin berusaha untuk menafikan rakyat kebebasan kepercayaan”
*Di Barat pula, sistem liberal kebebasan beragama hanya boleh dipertahankan dengan memisahkan secara keseluruhan gereja dan negara. Hasilnya, masyarakat menjadi sekular dan pembahagian kehidupan rakyat kepada dua bidang, iaitu objektif merujuk urusan negara dan subjektif merujuk urusan persendirian. Agama telah dikeluarkan daripada menjadi urusan negara dan dijadikan urusan persendirian
*Ada pihak mengakui mengenai kesukaran negara untuk tidak mencampurkan hal agama dengan sistem pemerintahan. Oleh itu, kebanyakan negara bukan Islam mengehadkan manifestasi ajaran agama namun cuba untuk tidak mencampuri urusan penukaran agama yang dianggap sebagai hak dan urusan dalaman individu
*Sehubungan itu, tidak semua negara menerima pakai instrumen antarabangsa seperti UDHR 1948 dan ICCPR 1966 yang membolehkan individu menukar agama tanpa halangan. Negara Islam seperti Arab Saudi tidak menerima UDHR 1948 atas alasan Islam melarang keras umatnya meninggalkan agama Islam. Pakistan yang juga sebuah negara Islam walau bagaimanapun menyokong peruntukan UDHR 1948 atas alasan Islam juga menggalakkan kebebasan beragama namun tetap tegas dalam mengenakan hukuman mandatori bagi mereka yang murtad di bawah undang-undang jenayah negara berkenaan bersesuaian dengan kewujudan Pakistan sebagai negara Islam dalam Perlembagaan
2.PERMULAAN PERTIKAIAN MENGENAI KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA
* Isu agama termasuklah hak menukar agama diakui masih wujud secara berterusan dan sukar dibendung selagi undang-undang sedia ada tidak diperkemas
*Pertikaian mengenai kebebasan beragama pula muncul dengan kes Re Maria Hertogh & kes Re Mohamed Said Nabi,
*Jika dilihat kes tersebut kebanyakannya membabitkan masuk dan keluar daripada agama Islam. Terjadinya demikian kerana di Malaysia agama Islam menjadi anutan sebahagian besar rakyatnya yang berbangsa Melayu dan agama ini merupakan agama rasmi bagi Persekutuan. Oleh itu, sebarang isu mengenai keluar masuk agama Islam mendapat perhatian rakyat dan menjadi isu yang sensitif untuk dibincangkan. Tidak dinafikan bahawa fenomena tukar agama juga wujud dalam agama lain selain Islam, namun begitu kedudukannya tidak sama seperti keluar dan masuk Islam kerana di Malaysia bagi kaum lain mereka tertakluk pada satu undang-undang yang sama, iaitu undang-undang sivil sedangkan Islam mempunyai sistem undang-undang yang berbeza, terpakai kepada penganutnya dan ditadbir di bawah enakmen setiap negeri. Disebabkan pemakaian undang-undang berbeza dan juga kedudukan murtad dalam Islam serta beberapa faktor lain telah menyebabkan keluar dan masuk Islam mendapat perhatian berbeza dan menjadi suatu isu yang besar
3.SIFAT NEGARA DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN KEBEBASAN BERAGAMA
*Sifat sesebuah negara sama ada negara berbentuk teokratik34 (theocratic) atau sekular menentukan tahap liputan hak kebebasan beragama khususnya hak untuk menukar agama. Hakikat ini diakui wujud di Malaysia apabila sifat negara ini dijadikan sebagai asas amalan dalam mengiktiraf hak untuk menukar agama
* Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai ugama rasmi Persekutuan di samping ugama-ugama lain yang boleh diamalkan secara aman dan damai menentukan sifat negara ini. Peruntukan ini telah ditafsirkan oleh penulisan terdahulu yang boleh dibahagikan kepada beberapa aliran perbincangan. Pertamanya penulisan yang menganjurkan Malaysia sebagai negara yang memberikan keistimewaan kepada agama Islam. Oleh itu, Malaysia tidak boleh dilihat sebagai sebuah negara sekular, sebaliknya sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang syariah terhadap masyarakat Islam dalam beberapa perkara termasuklah penukaran agama
*Dari segi amalan menukar agama di Malaysia, masih wujud kekaburan dalam meletakkan hak tersebut kerana etnik Melayu yang beragama Islam dikenakan aturan tertentu dalam melaksanakan hak untuk menukar agama sedangkan etnik lain bebas untuk menukar agama. Halangan hanya wujud dari segi sosial dan bukannya perundangan. Keadaan ini wujud kerana di Malaysia, etnik yang berbeza dikawal oleh dua sistem undangundang yang berbeza mengenai kepercayaan beragama, iaitu undang-undang negara dan undang-undang agama masing-masing.
*Malaysia juga dikatakan sebagai sebuah negara religio-secular, iaitu negara Islam sederhana bagi penganut Islam, manakala bagi golongan bukan Islam pula undang-undang sekular diguna pakai.
4.TAFSIRAN PENULIS TERDAHULU MENGENAI HAK MENUKAR AGAMA DI BAWAH PERKARA 11(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
>Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan ugamanya”. Peruntukan ini mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dalam masyarakat dan juga menjadi peruntukan yang selalu digunakan apabila hak kebebasan beragama dinafikan. Terdapat perdebatan sama ada peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ini mengiktiraf hak untuk menukar agama bagi semua warganegara Malaysia tanpa mengira agama. Antara pihak yang mengusulkan bahawa Perkara 11(1) memperuntukkan kebebasan dalam menukar agama bagi semua warganegara ialah Lee Min Choon
>Walaupun hak untuk keluar agama tidak dinyatakan secara jelas sebagaimana dalam instrumen antarabangsa, Perkara 11(1) dikatakan tetap meliputi hak kebebasan menukar agama kerana peruntukan kebebasan beragama tidak bermakna tanpa hak untuk menukar agama. Walaupun halangan seakan-akan wujud bagi orang Islam dalam melaksanakan hak untuk menukar agama, tiada halangan bagi mereka yang menukar agama secara sukarela dan telah mencapai umur 18 tahun.
>Walaupun Malaysia tidak menerima UDHR 1946 dan ICCPR 1966, instrumen ini dikatakan tetap terpakai di Malaysia melalui seksyen 4(4) Akta SUHAKAM 1999
>Oleh itu, hak untuk menukar agama adalah wujud bagi semua warganegara Malaysia di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun peruntukan melalui perkataan yang digunakan tidak menyebut secara langsung perkataan “memilih” atau “menukar”. Kebebasan beragama adalah sangat penting bagi Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang etnik, dan sekatan terhadap kebebasan beragama di Malaysia di bawah Perkara 11(1) hanya dari segi sebaran atau pengembangan agama lain terhadap orang Islam berdasarkan peruntukan Fasal (4).
>Hakikatnya, bagi orang Islam aturan dikenakan melalui enakmen negeri sebelum seseorang diisytiharkan sebagai telah keluar daripada agama Islam. Hal ini terbukti apabila negeri menyimpan daftar bagi mereka yang keluar Islam. Ada negeri yang memperuntukkan perisytiharan keluar Islam yang dilakukan tanpa mendapatkan keizinan mahkamah syariah adalah satu kesalahan menghina Islam.
>Kewujudan aturan ini juga menyebabkan kekeliruan apabila segelintir pihak berpandangan bahawa hak untuk menukar agama bagi orang Islam dinafikan sama sekali di Malaysia Tidak dinafikan bahawa orang Islam mengalami kesukaran untuk keluar Islam di Malaysia namun hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil.
5.ULASAN DAN PANDANGAN
KESIMPULAN
Amalan kebebasan dalam menukar agama adalah berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain. Justifikasi amalan kebebasan beragama adalah berasaskan sifat negara itu sendiri sama ada berbentuk teokratik, sekular atau hibrid. Di Malaysia, Perlembagaan berbentuk hibrid memberikan justifikasi terhadap amalan meletakkan aturan bagi orang Islam dalam kebebasan untuk menukar agama yakni keluar daripada Islam kerana aturan yang dikenakan bukanlah bersifat penafian hak. Kesimpulannya, pemilihan atau penukaran agama bagi orang Islam dibenarkan di Malaysia, namun wujud kesukaran untuk melaksanakannya. Hal ini bergantung pada pemenuhan prosedur yang telah ditetapkan di bawah enakmen negeri dan tidak semua individu berjaya mendapatkannya.
SUMBER RUJUKAN:
KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA
sekian dari kami,
DPM1A
blog ini di wujudkan untuk assignment pengajian malaysia (DUB1012)
perghagaan ini kami beri kepada lecturer kami encik mohd firdous yang telah membimbing kami
untuk buat projek ini
Disediakan oleh;
SHAHRUL ANWAR BIN SERION - 19DPM14F2091
di bantu oleh:
MUHAMMAD AFIQ IKHWAN BIN HALIMI - 19DPM14F2043
ABDUL RAHMAN BIN RAHIM - 19DPM14F2046
ABDUL HAFIZ BIN BOHARI - 19DPM14F2025
ASYIQ ARSYAD BIN BESTAVIANUR - 19DPM14F 2107
SUMBER RUJUKAN:
KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA
sekian dari kami,
DPM1A
blog ini di wujudkan untuk assignment pengajian malaysia (DUB1012)
perghagaan ini kami beri kepada lecturer kami encik mohd firdous yang telah membimbing kami
untuk buat projek ini
Disediakan oleh;
SHAHRUL ANWAR BIN SERION - 19DPM14F2091
di bantu oleh:
MUHAMMAD AFIQ IKHWAN BIN HALIMI - 19DPM14F2043
ABDUL RAHMAN BIN RAHIM - 19DPM14F2046
ABDUL HAFIZ BIN BOHARI - 19DPM14F2025
ASYIQ ARSYAD BIN BESTAVIANUR - 19DPM14F 2107







No comments:
Post a Comment