konsep beragama di dalam pentdabiran malaysia

konsep beragama di dalam pentdabiran malaysia
weee waaaa

Wednesday, 25 February 2015

               PENDAHULUAN



Kebebasan beragama merupakan salah satu hak kebebasan asasi yang diiktiraf oleh Malaysia kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pada peringkat antarabangsa, pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama antaranya melalui instrumen antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR 1948) serta Waad Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR 1966). Kebanyakan negara di dunia juga mempunyai peruntukan mengenai kebebasan beragama walaupun liputan terhadap tahap kebebasan khususnya hak untuk menukar agama berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain.




            1.KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA

*Perkataan agama membawa maksud kepercayaan kepada kewujudan Tuhan atau dewa-dewa, yang telah mencipta alam sejagat dan telah memberi kepada manusia sifat kerohanian yang terus wujud selepas badannya mati

*Menurut kamus undang-undang, kebebasan beragama ialah hak untuk mengikut kepercayaan agama sebagaimana yang dipilih oleh seseorang,

*hak untuk menyatakan pegangan agama secara terbuka tanpa ketakutan atau halangan akan dikenakan sesuatu tindakan serta hak untuk mengisytiharkan kepercayaan melalui pemujaan dan amalan, ajaran dan sebaran

*Walau bagaimanapun, terdapat penulis yang berpendapat bahawa tiada tafsiran yang komprehensif terhadap perkataan “kebebasan”. Perkataan kebebasan dalam konteks mana-mana sistem perundangan di dunia ini merujuk keupayaan individu untuk bercakap atau melakukan apa-apa tindakan yang diingini atau mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu tanpa melanggar hak orang lain atau sekatan yang dikenakan oleh undangundang

*Kebebasan beragama mengambil masa yang lama untuk diperoleh. Contohnya di England, selama berabad-abad lamanya, para hakim memutuskan bahawa agama Kristian merupakan sebahagian daripada undang-undang. Penafiannya merupakan satu jenayah yang boleh dihukum. Rasional peruntukan ini adalah kerana penafian Kristian boleh merosakkan masyarakat yang berasaskan agama Kristian. Walau bagaimanapun, prinsip ini telah dihapuskan lebih 30 tahun lalu

*Konsep kebebasan beragama adalah berbeza antara negara Islam dengan Barat. Kebebasan beragama menjadi penting dalam undang-undang Islam kerana sistem perundangan Islam tidak mewujudkan pengasingan antara undang-undang dan prinsip agama. Menurut Fathi Uthman; “Tiada apa-apa jenis kuasa di negara Islam boleh digunakan untuk memaksa orang untuk memeluk Islam. Fungsi asas negara Islam, dalam hal ini, adalah untuk memantau dan menghalang kuasa-kuasa yang mungkin berusaha untuk menafikan rakyat kebebasan kepercayaan”

*Di Barat pula, sistem liberal kebebasan beragama hanya boleh dipertahankan dengan memisahkan secara keseluruhan gereja dan negara. Hasilnya, masyarakat menjadi sekular dan pembahagian kehidupan rakyat kepada dua bidang, iaitu objektif merujuk urusan negara dan subjektif merujuk urusan persendirian. Agama telah dikeluarkan daripada menjadi urusan negara dan dijadikan urusan persendirian

*Ada pihak mengakui mengenai kesukaran negara untuk tidak mencampurkan hal agama dengan sistem pemerintahan. Oleh itu, kebanyakan negara bukan Islam mengehadkan manifestasi ajaran agama namun cuba untuk tidak mencampuri urusan penukaran agama yang dianggap sebagai hak dan urusan dalaman individu

*Sehubungan itu, tidak semua negara menerima pakai instrumen antarabangsa seperti UDHR 1948 dan ICCPR 1966 yang membolehkan individu menukar agama tanpa halangan. Negara Islam seperti Arab Saudi tidak menerima UDHR 1948 atas alasan Islam melarang keras umatnya meninggalkan agama Islam. Pakistan yang juga sebuah negara Islam walau bagaimanapun menyokong peruntukan UDHR 1948 atas alasan Islam juga menggalakkan kebebasan beragama namun tetap tegas dalam mengenakan hukuman mandatori bagi mereka yang murtad di bawah undang-undang jenayah negara berkenaan bersesuaian dengan kewujudan Pakistan sebagai negara Islam dalam Perlembagaan




2.PERMULAAN PERTIKAIAN MENGENAI KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA

* Pertikaian mengenai isu agama telah lama wujud sejak zaman penjajahan Inggeris lagi. Hal ini demikian kerana agama Islam mendapat pengiktirafan Inggeris sebagai terpakai dalam soal peribadi masyarakat Tanah Melayu pada masa tersebut

* Isu agama termasuklah hak menukar agama diakui masih wujud secara berterusan dan sukar dibendung selagi undang-undang sedia ada tidak diperkemas

*Pertikaian mengenai kebebasan beragama pula muncul dengan kes Re Maria Hertogh & kes Re Mohamed Said Nabi,
*Jika dilihat kes tersebut kebanyakannya membabitkan masuk dan keluar daripada agama Islam. Terjadinya demikian kerana di Malaysia agama Islam menjadi anutan sebahagian besar rakyatnya yang berbangsa Melayu dan agama ini merupakan agama rasmi bagi Persekutuan. Oleh itu, sebarang isu mengenai keluar masuk agama Islam mendapat perhatian rakyat dan menjadi isu yang sensitif untuk dibincangkan. Tidak dinafikan bahawa fenomena tukar agama juga wujud dalam agama lain selain Islam, namun begitu kedudukannya tidak sama seperti keluar dan masuk Islam kerana di Malaysia bagi kaum lain mereka tertakluk pada satu undang-undang yang sama, iaitu undang-undang sivil sedangkan Islam mempunyai sistem undang-undang yang berbeza, terpakai kepada penganutnya dan ditadbir di bawah enakmen setiap negeri. Disebabkan pemakaian undang-undang berbeza dan juga kedudukan murtad dalam Islam serta beberapa faktor lain telah menyebabkan keluar dan masuk Islam mendapat perhatian berbeza dan menjadi suatu isu yang besar




3.SIFAT NEGARA DAN KAITANNYA DENGAN AMALAN KEBEBASAN BERAGAMA

*Sifat sesebuah negara sama ada negara berbentuk teokratik34 (theocratic) atau sekular menentukan tahap liputan hak kebebasan beragama khususnya hak untuk menukar agama. Hakikat ini diakui wujud di Malaysia apabila sifat negara ini dijadikan sebagai asas amalan dalam mengiktiraf hak untuk menukar agama

* Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai ugama rasmi Persekutuan di samping ugama-ugama lain yang boleh diamalkan secara aman dan damai menentukan sifat negara ini. Peruntukan ini telah ditafsirkan oleh penulisan terdahulu yang boleh dibahagikan kepada beberapa aliran perbincangan. Pertamanya penulisan yang menganjurkan Malaysia sebagai negara yang memberikan keistimewaan kepada agama Islam. Oleh itu, Malaysia tidak boleh dilihat sebagai sebuah negara sekular, sebaliknya sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang syariah terhadap masyarakat Islam dalam beberapa perkara termasuklah penukaran agama

*Dari segi amalan menukar agama di Malaysia, masih wujud kekaburan dalam meletakkan hak tersebut kerana etnik Melayu yang beragama Islam dikenakan aturan tertentu dalam melaksanakan hak untuk menukar agama sedangkan etnik lain bebas untuk menukar agama. Halangan hanya wujud dari segi sosial dan bukannya perundangan. Keadaan ini wujud kerana di Malaysia, etnik yang berbeza dikawal oleh dua sistem undangundang yang berbeza mengenai kepercayaan beragama, iaitu undang-undang negara dan undang-undang agama masing-masing.

*Malaysia juga dikatakan sebagai sebuah negara religio-secular, iaitu negara Islam sederhana bagi penganut Islam, manakala bagi golongan bukan Islam pula undang-undang sekular diguna pakai.





4.TAFSIRAN PENULIS TERDAHULU MENGENAI HAK MENUKAR AGAMA DI BAWAH PERKARA 11(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 



>Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan ugamanya”. Peruntukan ini mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dalam masyarakat dan juga menjadi peruntukan yang selalu digunakan apabila hak kebebasan beragama dinafikan. Terdapat perdebatan sama ada peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ini mengiktiraf hak untuk menukar agama bagi semua warganegara Malaysia tanpa mengira agama. Antara pihak yang mengusulkan bahawa Perkara 11(1) memperuntukkan kebebasan dalam menukar agama bagi semua warganegara ialah Lee Min Choon

>Walaupun hak untuk keluar agama tidak dinyatakan secara jelas sebagaimana dalam instrumen antarabangsa, Perkara 11(1) dikatakan tetap meliputi hak kebebasan menukar agama kerana peruntukan kebebasan beragama tidak bermakna tanpa hak untuk menukar agama. Walaupun halangan seakan-akan wujud bagi orang Islam dalam melaksanakan hak untuk menukar agama, tiada halangan bagi mereka yang menukar agama secara sukarela dan telah mencapai umur 18 tahun.

>Walaupun Malaysia tidak menerima UDHR 1946 dan ICCPR 1966, instrumen ini dikatakan tetap terpakai di Malaysia melalui seksyen 4(4) Akta SUHAKAM 1999

>Oleh itu, hak untuk menukar agama adalah wujud bagi semua warganegara Malaysia di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun peruntukan melalui perkataan yang digunakan tidak menyebut secara langsung perkataan “memilih” atau “menukar”. Kebebasan beragama adalah sangat penting bagi Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang etnik, dan sekatan terhadap kebebasan beragama di Malaysia di bawah Perkara 11(1) hanya dari segi sebaran atau pengembangan agama lain terhadap orang Islam berdasarkan peruntukan Fasal (4).

>Hakikatnya, bagi orang Islam aturan dikenakan melalui enakmen negeri sebelum seseorang diisytiharkan sebagai telah keluar daripada agama Islam. Hal ini terbukti apabila negeri menyimpan daftar bagi mereka yang keluar Islam. Ada negeri yang memperuntukkan perisytiharan keluar Islam yang dilakukan tanpa mendapatkan keizinan mahkamah syariah adalah satu kesalahan menghina Islam.

>Kewujudan aturan ini juga menyebabkan kekeliruan apabila segelintir pihak berpandangan bahawa hak untuk menukar agama bagi orang Islam dinafikan sama sekali di Malaysia Tidak dinafikan bahawa orang Islam mengalami kesukaran untuk keluar Islam di Malaysia namun hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil.



                     5.ULASAN DAN PANDANGAN

Perbincangan tersebut memperlihatkan dua aliran pandangan, iaitu pertama; penulisan yang menyatakan bahawa Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak untuk menukar agama bagi semua warganegara manakala kedua; penulisan yang menafikan hak untuk menukar agama sebagai wujud bagi orang Islam di Malaysia. Jika diteliti penulisan yang mengatakan bahawa penukaran agama dibenarkan di bawah Perkara 11(1) juga mengiktiraf pemakaian aturan dalam melaksanakan hak ini bagi orang Islam di bawah enakmen negeri manakala penulisan yang menafikan hak menukar agama sebagai wujud juga bersandarkan aturan yang dikenakan terhadap orang Islam di Malaysia dalam melaksanakan hak ini. Walaupun penulisan terdahulu berbeza pandangan dari segi sifat negara dan cakupan hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan, sama ada mengiktiraf hak untuk menukar agama, pada pengakhirannya hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat. Tafsiran membawa maksud yang disepakati, iaitu Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak untuk menukar agama bagi semua warganegara tanpa mengira agama walaupun dengan ketiadaan perkataan “menukar” atau “memilih” agama dalam peruntukan.Amalan di Malaysia tidak menafikan hak untuk menukar agama dan dengan itu penukaran agama bukan merupakan satu persoalan di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana hak itu wujud dan diberikan kepada semua individu. Amalan mengenakan aturan bagi orang Islam dalam mendapatkan perisytiharan keluar Islam melibatkan pemakaian undangundang peribadi orang Islam di bawah enakmen syariah negeri masingmasing. Aturan yang dikenakan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan memandangkan sifat negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi serta Senarai 2 Jadual Kesembilan yang meletakkan hak perundangan kepada kerajaan negeri dalam hal ehwal Islam walaupun tidak semua negeri mempunyai peruntukan yang komprehensif berkaitan keluar Islam.






                                    KESIMPULAN


Amalan kebebasan dalam menukar agama adalah berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain. Justifikasi amalan kebebasan beragama adalah berasaskan sifat negara itu sendiri sama ada berbentuk teokratik, sekular atau hibrid. Di Malaysia, Perlembagaan berbentuk hibrid memberikan justifikasi terhadap amalan meletakkan aturan bagi orang Islam dalam kebebasan untuk menukar agama yakni keluar daripada Islam kerana aturan yang dikenakan bukanlah bersifat penafian hak. Kesimpulannya, pemilihan atau penukaran agama bagi orang Islam dibenarkan di Malaysia, namun wujud kesukaran untuk melaksanakannya. Hal ini bergantung pada pemenuhan prosedur yang telah ditetapkan di bawah enakmen negeri dan tidak semua individu berjaya mendapatkannya.






SUMBER RUJUKAN:

KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA





sekian dari kami,

                                            DPM1A

blog ini di wujudkan untuk assignment pengajian malaysia (DUB1012)
perghagaan ini kami beri kepada lecturer kami encik mohd firdous yang telah membimbing kami
untuk buat projek ini



Disediakan oleh;
SHAHRUL ANWAR BIN SERION - 19DPM14F2091

di bantu oleh:
MUHAMMAD AFIQ IKHWAN BIN HALIMI - 19DPM14F2043
ABDUL RAHMAN BIN RAHIM - 19DPM14F2046
ABDUL HAFIZ BIN BOHARI - 19DPM14F2025
ASYIQ ARSYAD BIN BESTAVIANUR - 19DPM14F 2107
      

Kes Nadra Maarof atau Maria Huberdina Hertogh




Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda




susur galur
  • 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tji mahi, Jawa, Indonesia dengan nama BerthaHertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • · Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • · Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu ataupembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • · 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • · 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknyaNatrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • · September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • · 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kampong Banggol, Kemaman.
  • · 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • · 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • · 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • · 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • · 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahimmenjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • · 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • · 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majiddi 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
  • · 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.· Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • · 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • · 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • · 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.· Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • · 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.· Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • · Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • · 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • · 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • · 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • · Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • · 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • · 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • · 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • · 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • · 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • · 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • · 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • · 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom,Belanda.
  • · 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • · 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • · 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • · 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • · Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • · 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • · 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • · 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.· Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • · Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • · 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes ini memutuskan bahawa ibu bapa asal mempunyai hak penjagaan dan menentukan agama kanak-kanak berkenaan. Walaupun hasrat kanak-kanak dalam kes ini untuk terus tinggal di Tanah Melayu bersama ibu angkatnya dan kekal dalam agama Islam, mahkamah mengambil kira faktor umur kanak-kanak terbabit yang baru berusia 13 tahun. Walaupun melibatkan isu kebebasan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kes ini boleh digunakan bagi melihat permulaan timbulnya isu kebebasan beragama di Malaysia